Thursday, June 16, 2011

Result Exam

     Selamat pagi semua...apa kabar anda disana? ceeehhh skema kan aku.hik hik hik. Sekarang ni aku pon tak tau la nak gambarkan perasaan aku cam ne, nak kata happy pon tak, nak kata sedih sangat pon tak, marah memang tak la sebab xade bende yg aku nak marah kan. pendek kata pagi ni mood aku jiwa kacau huh.. Ni semua akibat dari check result exam semester lepas ni. Tapi ape-ape pon, setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kepada ilahi atas kurniaan result exam aku kali ni. Walaupun tak la secemerlang kawan-kawan aku yang lain, tapi aku percaya ada hikmah atas kurniaan yang tuhan bagi pada aku. Alhamdulillah..cukup dulu untuk intro..


Macam ni la result exam yang bakal aku frame kan untuk tatapan anak cucu..


      Berbanding result aku semester lepas, dapat aku simpulkan ada peningkatan dalam result exam aku ni. Memang aku target dean list, tapi nasib tak menyelebahi aku, insyallah, sem depan boleh cuba lagi. yang penting mesti maintain 3 point kalau tak macam mana la aku nak capai cita-cita aku sambung master ye dak.. jutaan terima kasih aku ucapkan pada lecturer aku sem lepas. Sempena ulang tahun mengambil result exam ni aku teringat nostalgia lama, masa time aku diploma dulu, pukul 12 tengah malam dah tercongok depan komputer nak cek result punye pasal. Seminggu sebelum result exam memang dah pamerkan mood jiwa kacau aku tu. tapi semester demi semester yang aku lalui sampai la time degree ni, alhamdulillah, aku dapat kawal emosi aku. result baik ke tak baik ke jiwa aku mesti sering diganggu dengan seribu rasa nervous. Rindu pulak time diploma dulu. 


gambar hiasan



       Ha.. bab masa aku diploma dulu aku citer lain entry ek. Sorry la cerita aku ni membosankan u ols. Lupa nak tanya result kome cam ne? ada baik or tarak baik? yang penting usaha dan terus berusaha...Chaiyok2!!!!! aja-aja fighting!!! bak kata heroin dalam citer Full House. Fighting!!!!!

Wednesday, June 15, 2011

Naik bas balik kampung

     Rasa dah lama tak update blog. Tak boleh nak strugle sangat la nak berblog ni, tengok line clear baru boleh menjalankan misi hehehe..Entry kali ni aku nak berkongsi pengalaman aku balik kampung minggu lepas. Akibat beli tiket on da sport, maka kali ni aku naik bas konsortium, selalu plusliner la yang menjadi pilihan hati aku. bukan apa, naik plusliner ni cepat sampai, lagipon driver dia tak suka singgah rehat lama-lama. Kalau bas lain almaklum je la...korang try dulu baru tahu.

      Aku duduk sit yang tengah-tengah, depan aku ade la sorang awek ngan sorang mamat ni. Sebelah aku tak ada orang. so, memang aku letak beg la kat situ. Mamat yang kat depan aku tu, punye dia ngorat awek sebelah dia tu dengan loghat utara dia, aku rasa 1 bas leh dengar suara dia. Bersungguh betul dia. Yang tu aku x kisah sangat la, usaha tangga kejayaan bagi dia, x kisah la orang nak kata apa, janji misi tercapai.

      Tengah sedap2 aku nak terlelap, boleh dia berdengkur siap keluar bunyi lagi "khoooo..Khoooo.. kkkuaahh!!" macam tu la bunyinye lebih kurang. Paling tak boleh blah tu siap bunyi macam hohoi lagi. aku tak tau nak explain macam mana, tapi kalau korang try ni mesti dapat tau bunyinye cam ne..korang nganga mulut, rapatkan lelangit dengan hidung dalam pastu tarik..hahaha macam tu la bunyi nye..

    Dah la berdengkur siap mengigau lagi..sabor je le...aku bukan apa, please, consider la orang lain jugak, orang lain pon bayar tiket sama harga dengan dia bayar. Please, jangan terlalu annoying..huh! memang buat aku bad mood. Dah la tak boleh nak tidur, kena plak dengar dengkuran hebat dia siap dengan video clip dia mengigau..

p/s : naik bas kalau rasa nak tidur baca doa dulu supaya tak mengigau...

Thursday, June 9, 2011

Keropok Lekor

Tengah-tengah aku khusyuk buat keje tetibe teringat pulak keropok lekor. Korang suke x mkn mkanan pantai timur ni? nk kate feveret aku, nth la..penah kot jadi makanan feveret masa sekolah rendah dulu..

       Hahaha..cakap pasal sekolah rendah, aku ade nostalgia lama pasal keropok lekor sekolah rendah ni. Masa zaman sekolah rendah dulu, pagi sekolah kebangsaan petang pulak sekolah agama rakyat, ala yg pakai kain warna hijau tue, kalau budak2 lelaki nye pulak yang pakai sampin hijau. tapi masa zaman tu sekolah agama rakyat tu lebih femes dengan nama Sekolah Arab

    Berbalik pada cerite keropok lekor ni tadi, time rehat kol 3 je aku mesti dah standby duit syiling nak beli keropok lekor kat sorang member aku ni. aku ingat lagi masa zaman tu 1 potong keropok lekor yang beso harga dia 20 sen. Aku xkan beli satu punye, kurang-kurang 3 keping...xcukup ma sekeping..


keropok lekor yang member aku tu jual dah la panas-panas, sedap pulak tu,,dah lama dah aku x dengar citer pasal member aku tue..masa tu kawan-kawan panggil dia dalila keropok lekor. Bisnes keropok dia tu agak maju la jugak sampai ustazah kat sekolah tue tax si member aku ni 2 hengget sebab berbisnes dalam sekolah.

moral of da story : yang manis mesti ditelan yang pahit ludah keluar..yehee

Wednesday, June 1, 2011

Welcome back study breaK!!!!

Yeah..hampir sebulan warga student UiTM dh memulakan cuti terindah mereka. Untuk percutian kali ni, macam biasa aku mencari pekerjaan untuk mengisi ruang yang terbuang supaya lebih bermanfaat.Yang dikatakan manfaat bila dapat mengumpulkan $$$$ sebanyak boleh. Hehehehe. 
      Kali ni aku kerja kat Office Fakultiku sendiri. Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat. bersesuaian dengan bidang yang aku ambil, mengaplikasikan apa yg d belajar dengan susana persekitaran alam pekerjaan sebenar!. Bersama sahabat baikku Ina, kami sesama melalui hari-hari bekerja dengan penuh enjoy, walaupun ada hari-hari yang kurang menyeronokkan, memboringkan dan membengangkan. 
   Today, 2 June 2011...14 hari dh aku disini. untuk hari ni xade keje..berpeluang aku untuk mengupdate blog yang dah berbulan-bulan aku tinggalkan. Okay, jumpa lagi esok..untuk entry yang lebih ummmppphh!! hehehe..tata..